Sabtu, 28 September 2024

[1,608] Johor Future DUN Pemanis - Kg Kadut

 JOHOR FUTURE DUN PEMANIS - KG KADUT

KG KADUT, 28 September - Seramai 10 orang sukarelawan Southern Volunteers Segamat termasuk dari #TeamG2 telah bersama JPKK Kg Kadut menjayakan Johor Future pagi ini.

Sukarelawan telah melaksanakan kerja - kerja mengemas dan mengecat luar dalam sebuah kediaman ibu tunggal di kampung tersebut.

Program kesukarelaan pagi ini turut menerima kehadiran YB Anuar Abd Manap, ADUN Pemanis. Turut bersama menjayakan program adalah Tok Azhar (Ketua Kampung) dan Ahli Jawatankuasa Kampung.

Johor Future merupakan aktiviti kesukarelaan anjuran Kerajaan Negeri Johor melibatkan Southern Volunteers dalam mengemas, membaikpulih dan mendekorasi rumah kediaman di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Ia mula dilaksanakan pada tahun 2016 dahulu.

Tahniah kepada semua sukarelawan yang telah menjayakan misi pagi ini.

#BungaBangsa #SouthernVolunteers #TeamG2 #JohorFuture








































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...