Ahad, 29 September 2024

[1,609] Jelajah Aspirasi OMJ - Batu Pahat

 BATU PAHAT, 29 September - Sukarelawan Southern Volunteers dari #TeamG2 telah bersama - sama SV seluruh negeri Johor memeriahkan Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor (OMJ) bertempat di Dataran Penggaram, Batu Pahat.

Ini merupakan Jelajah Aspirasi OMJ kedua terakhir tahun ini yang telah diadakan di setiap daerah dalam negeri Johor.

Ia telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. 

Turut bersama adalah Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan).

Pelbagai pengisian dan acara telah diadakan dalam suasana yang cukup meriah. 

Jelajah OMJ adalah program Kerajaan Negeri Johor menerusi Bahagian Penganjuran Sukan, Belia dan Sukarelawan dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor dan Majlis Belia Daerah. Ia juga mendapat kerjasama Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

#OrangMudaJohor #OMJ #TeamG2 #BungaBangsa #SouthernVolunteers




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...