Isnin, 23 September 2024

[1,606] Kursus Kepimpinan dan Pengurusan ARPRM Gombak

 KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ARPRM MBSD GOMBAK

HULU BERNAM, 20 - 22 September : Majlis Belia Selangor Daerah Gombak (MBSD Gombak) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) selama 3 hari 2 malam.

Ia bertempat di Teratak Riberview, Hulu Bernam, Selangor dan bersempadan dengan Tanjung Malim, Perak. Seramai 35 orang menyertai terdiri dari badan gabungan dalam MBSDG dan persatuan belia tunggal.

Program mengandungi 6 slot input dan 2 slot aktiviti luaran dikendalikan oleh Mentor ARPRM #TeamG2 yang juga Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan iaitu Encik Mizam bersama Encik Zaharruddin Abd Majid, Mentor ARPRM Persatuan Belia Dinamik Barat.



Turut membantu adalah Mohd Haikal Norahmad dan Abdul Razak dengan berkongsi pengalaman melaksanakan ARPRM sehingga ke Tahap Emas. Mereka juga berkongsi cerita ‘Life After Gold’ masing - masing.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Farid, Pengerusi MBSDG dan Encik Hazwan Ramli di atas jemputan untuk bersama menjayakan kursus. Tahniah juga kepada semua yang menyertai seterusnya lulus peperiksaan untuk ditauliahkan sebagai ‘Award Leader’ ARPRM.

#ARPRM #BungaBangsa #TeamG2 #LifeAfterGold


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...