SEKOLAH POLITIK 2.0 - MINGGU KE 5
DEMOKRASI DAN POPULISME
SABTU, 3 April 2021 - Sekolah Politik 2.0 MBM-UMcedel kembali untuk sesi ke-5 bagi membincangkan tajuk Demokrasi dan Populisme.
Sesi kali ini akan menampilkan Muhammad Ariff Asyrul Adnan yang merupakan Penyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Raub bagi mengupas sejauh mana isu-isu populis dapat mempengaruhi ekosistem politik sesebuah negara demokrasi.
Program ini adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel).
Ia dilaksanakan secara atas talian menerusi aplikasi Zoom Meeting selama 6 minggu dan akan berakhir minggu hadapan.
#TeamG2 adalah sebahagian dari peserta menerusi Sekolah Politik 2.0 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)