SUKARELAWAN MYVAC URUS DOKUMEN, BERSEDIA UNTUK TURUN KE LAPANGAN PPV
SEGAMAT, 28 April - Sebahagian sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers atau MyVAC di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk daerah Segamat hari ini menguruskan dokumen - dokumen berkaitan bagi membolehkan mereka turun ke lapangan di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) secara sah.
Ia meliputi surat tawaran, dokumen Akta Rahsia Rasmi, saksi, akaun bank dan pelbagai lagi yang disahkan dan dimuatnaik ke dalam sistem pengurusan sukarelawan MyVAC.
Kerja - kerja pengurusan dokumen dilaksanakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat diselaraskan oleh Pegawai Unit Rakan Muda, Encik Hasdi. Turut bersama adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Encik Maizatul telah menyampaikan surat tawaran dan kit (vest dan tag nama) kepada sukarelawan yang akan mula ke lapangan esok bagi tujuan simulasi dan pemanasan kerja.
#TeamG2 mengucapkan selamat bertugas kepada semua sukarelawan MyVAC KBS - KPT - MOSTI.
Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).
#MyVAC #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KitaBelumMenang #PICK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)