Mentari Chillax - Sembang Santai #Undi18 Bersama Lepasan SPM dan Mahasiswa
BANDAR UTAMA - Pertubuhan Mentari Johor Parlimen Sekijang telah menjemput #TeamG2 untuk bersama - sama dalam sesi Sembang Santai - Mentari Chillax. Ia diadakan di Cafe Ikhwan, Bandar Utama, Segamat.
Seramai 6 orang wanita dan 4 lelaki dari #TeamG2 telah bersama. Dari jumlah itu, 7 orang adalah mahasiswa universiti manakala 3 yang lain adalah lepasan SPM.
Program skala kecil dan ringkas ini turut dihadiri oleh Datuk Dr Haji Baharum Mohamed (Pengerusi JPKD Kemelah), Tuan Haji Anuar Abdul Manap (Pengerusi Yayasan Muafakat) dan Armizam Abd Rahim (Pengerusi Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi).
Menurut Pengerusi Mentari Johor Parlimen Sekijang, Shabariah Jamaludin, sesi sembang santai itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan pandangan anak muda terutama mahasiswa dan lepasan SPM berkaitan isu hangat #Undi18.
Mentari Chillax diadakan di semua 26 kawasan Parlimen dalam negeri Johor oleh Pertubuhan Mentari Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)