SEGAMAT, 29 April - Sukarelawan MyVAC KBS - KPT - MOSTI hari ini melaksanakan simulasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna, Jalan Genuang.
Simulasi ini adalah sempena pemberian dos kedua untuk Fasa 1 penerima vaksin.
Ia dimulakan dengan taklimat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat dan kemudian diikuti oleh Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menurut Encik Hasdi Ismail, Pegawai Unit Rakan Muda yang menyelia sukarelawan hari ini, “Simulasi hari ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada sukarelawan berkenaan perjalanan dan operasi PPV.”
“Secara rasmi, sukarelawan MyVAC Segamat akan mula berkhidmat untuk Fasa 2 pada 2 Mei ini, iaitu 3 hari setelah simulasi diadakan,” jelas beliau lagi.
Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).
#MyVAC #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KitaBelumMenang #PICK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)