Selasa, 20 April 2021

[697] Anugerah Perdaan Belia Negara 2021 Johor - Sesi Penilaian

SURIA SELESAI MEMBENTANG, #TeamG2 PERTARUHKAN DUA CALON APBN 2021

JOHOR BAHRU, 19 April - Gelanggang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) edisi 2021 untuk Johor dibuka dengan Sesi Penilaian APBN Johor 2021 hari ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Larkin, Johor Bahru.

#TeamG2 mempertaruhkan dua calon dengan calon pertama Suria Sipon selesai membentang dan dinilai untuk kategori Individu Wanita (Peringkat Negeri Johor) mewakili Daerah Segamat.
Seramai 13 calon wanita dan 10 calon lelaki berdasarkan senarai dan jadual yang diterima telah dinilai. Masing - masing mewakili daerah di dalam negeri Johor.


































Empat orang panel mengambil tempat penilaian. Mereka mewakili Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).

Sesi yang dibahagi dua di mana sebelah pagi untuk wanita dan sebelah petang untuk lelaki itu menyaksikan persaingan hebat dengan semua calon mempunyai kelebihan, kekuatan dan keistimewaan masing - masing.

Selain Suria, seorang lagi calon dari #TeamG2 adalah Mohd Firdaus yang akan bertanding kategori Emas Remaja Perdana Kebangsaan. Beliau akan dinilai pada 27 April ini di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya.

Seluruh warga #TeamG2 mengucapkan syabas dan selamat berjuang kepada kesemua calon bagi APBN 2021 kali ini. Tahniah semua.

#APBN #TeamG2 #HidupUntukMemberi kerana #KitaHamba
#GenerasiMerentasSempadan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...