Ahad, 31 Disember 2023

[1,424] Pengurusan ARPRM Kohort 20C Gangsa

 PENGURUSAN ARPRM KOHORT 20C GANGSA 

FELDA PEMANIS, 31 Disember - #TeamG2 telah melaksanakan Taklimat dan Bengkel Pengurusan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk kumpulan baharu Kohort 20C. 

Seramai 4 orang peserta telah mendaftar dan akan bersama #TeamG2 menelusuri perjalanan membina diri sebagai remaja holistik menerusi program ARPRM.

Ia diadakan di Pusat Internet Komuniti FELDA Pemanis 2. 

Secara rasmi, Kohort 20C, sebagai tambahan kepada Kohort 20 mula diterima sebagai sebahagian dari #TeamG2. 

#BungaBangsa #ARPRM #DofE #TheBonding




















[1,423] Fasa 3 : Bengkel Buku Rekod ARPRM Kohort 20

 FASA 3 : BENGKEL BUKU REKOD ARPRM KOHORT 20

FELDA PEMANIS, 27 - 31 Disember - Kumpulan Gangsa dan Perak terakhir secara sistem manual Buku Rekod sebelum berpindah ke sistem digital melaksanakan Fasa 3 - Bengkel Buku Rekod ARPRM selama beberapa hari lepas.

Mereka telah sempurna separuh dari perjalanan aktiviti dan mengambil peluang cuti sekolah ini untuk menyempurnakan pelaporan.

Kumpulan Kohort 20 akan menjadi terakhir menggunakan sistem Buku Rekod. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengorak langkah dengan beralih ke sistem digital ARPRM dengan sebahagian peserta menjadi perintis, sebelum sepenuhnya beralih.



Merekod aktiviti merupakan perkara teras dalam ARPRM. Empat komponen yang direkodkan adalah Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak. Setiap satu harus dilaksanakan dalam tempoh bulan dan jam yang disyaratkan oleh Award House, London sebelum layak ditauliahkan.

Tamatlah bengkel selama 3 minggu cuti sekolah mengikut fasa dan kumpulan peserta. Tahniah semua.

#BungaBangsa #ARPRM #TeamG2






















































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...