Ahad, 17 Disember 2023

[1,407] Hari 3 : Kem Bakat Sukan Bola Baling P11

 HARI 3 : KEM BAKAT SUKAN BOLA BALING P11

FELDA PEMANIS, 17 Disember - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Persatuan Bola Baling Daerah Segamat menganjurkan Kem Bakat Sukan Bola Baling Daerah Segamat pada 15 - 17 Disember 2023. Kem 3 hari 2 malam ini bertempat di Dewan Seri Pemanis, SMK LKTP Pemanis.

Kem ini melibatkan 3 buah sekolah : SK LKTP Pemanis 1, SK FELDA Pemanis 2 dan SK Balai Badang. Seramai 18 orang bakat sukan murid perempuan bawah 11 tahun mengambil bahagian.

Kem disusun dengan pengisian asas dan kemahiran sukan bola baling sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan - kejohanan akan datang.

Terima kasih Cikgu Azmi Ab Rahim, Pengetua SMK Pemanis yang menyokong dengan memberikan kebenaran penggunaan dewan.

Tahniah kepada semua adik - adik yang menyertai. Terima kasih kepada guru - guru Jurulatih dan sukarelawan #TeamG2 yang membantu kejurulatihan.

#BungaBangsa #TeamG2 #BudakSukan #BolaBaling








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...