Selasa, 26 Disember 2023

[1,417] Fasa 2 : Bengkel Buku Rekod ARPRM Kohort 20

 FASA 2 : BENGKEL BUKU REKOD ARPRM KOHORT 20 - KUMPULAN TERAKHIR SECARA MANUAL

FELDA PEMANIS, 22 - 26  Disember - Kumpulan Gangsa dan Perak terakhir secara sistem manual Buku Rekod sebelum berpindah ke sistem digital melaksanakan Fasa 2 - Bengkel Buku Rekod ARPRM selama beberapa hari lepas.

Mereka telah sempurna separuh dari perjalanan aktiviti dan mengambil peluang cuti sekolah ini untuk menyempurnakan pelaporan.

Kumpulan Kohort 20 akan menjadi terakhir menggunakan sistem Buku Rekod. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengorak langkah dengan beralih ke sistem digital ARPRM dengan sebahagian peserta menjadi perintis, sebelum sepenuhnya beralih.

Merekod aktiviti merupakan perkara teras dalam ARPRM. Empat komponen yang direkodkan adalah Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak. Setiap satu harus dilaksanakan dalam tempoh bulan dan jam yang disyaratkan oleh Award House, London sebelum layak ditauliahkan.

Fasa 3 akan menyusul.

#BungaBangsa #ARPRM #TeamG2













































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...