Khamis, 7 Disember 2023

[1,393] Majlis Pentauliahan Emas ARPRM 2023

DINA DAN ADIM DITAULIAHKAN TAHAP EMAS ARPRM - DofE GOLD STANDARD

BUKIT JALIL, 7 Disember - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia hari ini mentauliahkan 106 orang remaja Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dalam satu majlis khas di Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Ia disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

ARPRM dikenali pada peringkat antarabangsa sebagai The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE) berpangkalan di London, United Kingdom.

Irdina Shafiqah Hairolzamri dan Kadem Abdul Kahar dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menjadi sebahagian dari remaja ulung yang ditauliahkan Tahap Emas. Mereka adalah 2 dari 3 orang penerima Johor, kesemuanya dari Segamat. Seorang lagi dari The Segamat Buddhist Society.

Turut menerima penghargaan adalah Badan Operasi yang menaungi peserta ARPRM termasuk #TeamG2 yang diwakili oleh Encik Azizi Abd Rahim, Mentor program.

Dina dan Adim menyempurnakan keperluan ARPRM masing - masing selama 7 tahun dan 3 tahun bermula dari Gangsa ke Emas di bawah penyelian dan permentoran Encik Armizam Abd Rahim yang telah melahirkan 35 orang remaja bertaraf emas.

Tahniah kepada semua remaja Malaysia yang menerima anugerah. Tahniah kepada semua Badan Operasi, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Southern Volunteers, Kerajaan Negeri Johor, ibu bapa penjaga, Mentor, sukarelawan, sekolah, NGO dan komuniti yang memberikan sokongan. 

#BungaBangsa #ARPRM #DofE














































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...