Selasa, 12 Disember 2023

[1,402] Kursus Pemimpin ARPRM Peringkat Negeri Johor 2023

 KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA NEGERI JOHOR 2023

MUAR, 10 - 11 Disember - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan Kursus Pemimpin Anugerah (Award Leader) Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Negeri Johor 2023 pada 10 - 11 Disember 2023 lalu di Muar Traders Hotel.

Ia disertai oleh 40 orang bakal pemimpin ARPRM baharu terdiri dari Pegawai - Pegawai Belia dan Sukan Negeri Johor, guru - guru sekolah, pegawai dan pensyarah Institusi Pengajian Tinggi dan pimpinan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Kursus telah dikendalikan bersama oleh Encik Armizam Abd Rahim (Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan juga selaku Mentor Emas ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis) dan Puan Norashiqin M Ali (Penolong Pengarah Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia).

Kursus merangkumi pelbagai modul antara Falsafah dan Konsep ARPRM, Pengurusan Badan Operasi, Prinsip Operasi Program, Perekodan dan Penilaian, Sistem Dalam Talian dan Perkongsian Pengalaman.

Ia diakhiri dengan sesi ujian dan penilaian sebelum diadakan majlis penutup yang disempurnakan oleh Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Malaysia.

Selain Encik Armizam yang mengendalikan kursus, Kadem Abdul Kahar yang baharu sahaja ditauliahakan Emas turut bersama berkongsi pengalaman melaksanakan ARPRM. Beliau juga lulus dalam ujian sebagai Pemimpin Anugerah.

Tahniah kepada semua yang telah berjaya mengikuti kursus ini.

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM






























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...