Ahad, 17 Disember 2023

[1,408] Pendidikan Ketiga : Permohonan Matrikulasi Sesi 2024 / 2025

KALI KEDUA TAHUN INI LAKSANA SESI KHAS UNTUK PERMOHONAN MATRIKULASI

FELDA PEMANIS, 16 - 17 Disember - Program tahunan Menggapai Pendidikan Ketiga diteruskan untuk Kohort SPM 2023 dengan Perkongsian Pengalaman Alumni Matrikulasi dan Pengisian Borang Secara Dalam Talian.

Ini kali kedua untuk tahun ini, setelah dilaksana pada 4 Februari lepas. Kali ini untuk kohort kelahiran dan tahun SPM yang berbeza. Ia berikutan tarikh SPM yang dipercepatkan sebulan berbanding tahun lepas. 

Program disertai oleh pelajar kelahiran 2006 dari aliran STEM yang baharu sahaja selesai Ujian Amali Sains seterusnya bakal berdepan Ujian Lisan dan Peperiksaan SPM Bertulis.

Sesi dimulakan dengan penerangan laluan pendidikan tinggi, khususnya selepas SPM.  Ia kemudian diikuti sesi bersama Mohd Khairul Izuan Abdul Aziz, alumni Matrikulasi Perakaunan Kolej Matrikulasi Johor yang kini mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Terengganu.

Sesi kemudian menampilkan Encik Azizi Abd Rahim, antara alumni terawal Matrikulasi KPM, seorang PTD yang sedang menyambung pengajian Sarjana di UKM. 

Tiga orang pelajar Matrikulasi iaitu Abdul Razak, Mohd Izham dan Fatin Firzanah juga tampil berkongsi pengalaman mereka belajar di Kolej Matrikulasi Johor.

Para pelajar dibimbing untuk menyempurnakan pengisian borang dan disemak supaya tiada kesalahan. 



Ini merupakan tahun ke 20 Projek Sukarelawan Pendidikan, meliputi pelbagai dimensi program berteraskan pendidikan sebagai sumber sokongan kepada komuniti. Perkongsian Pengalaman dan Pengisian Borang adalah salah satu dari cabang program ini.

Selamat maju jaya kepada semua. Tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.

#BungaBangsa #TeamG2 #SukarelawanPendidikan #InsklusivitiPendidikan
















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...