Sabtu, 23 Disember 2023

[1,416] Pengurusan ARPRM Kohort 20B Gangsa

 PENGURUSAN ARPRM KOHORT 20B GANGSA 

FELDA PEMANIS, 22 Disember - #TeamG2 telah melaksanakan Taklimat dan Bengkel Pengurusan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk kumpulan baharu Kohort 20B. 

Seramai 8 orang peserta telah mendaftar dan akan bersama #TeamG2 menelusuri perjalanan membina diri sebagai remaja holistik menerusi program ARPRM.

Taklimat Pengurusan ARPRM telah disampaikan oleh Abdul Razak Abdul Rahim, peserta ARPRM Tahap Emas manakala Perkongsian Pengalaman disampaikan oleh Afiq Amsyar Putra Md Azuan, juga peserta Tahap Emas. Turut bersama adalah Encik Mizam, Ketua Mentor dan Penyelaras Program ARPRM.

Ia diadakan di Pusat Internet Komuniti FELDA Pemanis 2. 

Secara rasmi, Kohort 20B, sebagai tambahan kepada Kohort 20 mula diterima sebagai sebahagian dari #TeamG2. 

#BungaBangsa #ARPRM #DofE #TheBonding















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...