Selasa, 6 Februari 2024

[1,447] Fasa 1 : Ujian Psikometrik Program Belia Antarabangsa 2024

 FASA 1 : UJIAN PSIKOMETRIK PROGRAM BELIA ANTARABANGSA 2024

Kumpulan Pertama seramai 4 dari 7 orang #TeamG2 telah selesai menjalani Ujian Psikometrik untuk permohonan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2024.

Ujian dijalankan secara dalam talian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 6 dan 7 Februari 2024. Mereka yang telah selesai adalah Izuan, Dayana, Razak dan Afiq Amsyar.

Sebelum menduduki ujian tersebut, kesemua mereka telah menyempurnakan keperluan permohonan iaitu borang dalam talian, esei dan resume.

Tiga orang lagi masih belum menduduki ujian dan berkemungkinan dikelompokkan di dalam Fasa 2 atau 3. Seramai 3,390 orang ahli Persatuan Belia seluruh Malaysia memohon program ini untuk sesi 2024.

Semoga berjaya semua dalam misi membawa nama Malaysia ke pentas dunia. 

#BungaBangsa #TeamG2




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...