Rabu, 28 Februari 2024

[1,466] Athirah Peserta ARPRM Digital Pertama Sempurna Jelajah Lasak

 ATHIRAH PESERTA DIGITAL PERTAMA SEMPURNA JELAJAH LASAK ARPRM TAHAP GANGSA

HULU LANGAT, 24 Feb - Nurathirah Halim Rashidi, salah seorang peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menerusi Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyempurnakan komponen Jelajah Lasak Tahap Gangsa menerusi Kem Asas Pasukan Gerakan Am (PGA).

Kem diadakan pada 19 - 24 Februari lepas di Kem Sungai Tuntung, Hulu Langat, Selangor. Selama 6 hari 5 malam, beliau dan rakan - rakan lain telah dilatih oleh Jurulatih dari Kem Batalion 4, Semenyih.

Athirah, mahasiswa Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan anak Segamat berasal dari Kg Bumbun. Beliau merupakan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), UIAM.

Beliau melaksanakan ARPRM secara digital dan menjadi pertama yang sempurna untuk komponen Jelajah Lasak.

#ARPRM #ARPRMdigital #TeamG2 #BungaBangsa


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...