UJIAN RINTIS - MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA DALAM KESUKARELAWANAN PENDIDIKAN
FELDA PEMANIS, 28 Februari - Seramai 25 orang Sukarelawan Pendidikan dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis malam ini menjadi responden untuk Ujian Rintis - Motivasi dan Tahap Penglibatan Belia dalam Kesukarelawanan Pendidikan (Kajian kes Persatuan Belia G2 Felda Pemanis).
Ia melibatkan 13 orang yang hadir secara fizikal dan 12 orang secara dalam talian.
Ujian rintis ini dilaksanakan oleh Encik Azizi Abd Rahim, Mentor Program ARPRM yang kini sedang mengikuti pengajian semester akhir peringkat Sarjana (Master) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Terima kasih semua sukaelawan pendidikan yang sudi menjadi responden malam ini.
#TeamG2 #BungaBangsa #ResearchMatters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)