Isnin, 26 Februari 2024

[1,465] Gotong - Royong Perdana dan Pelancaran SV JPKK Daerah Segamat

 PROGRAM GOTONG - ROYONG PERDANA DAN PELANCARAN SOUNTHERN VOLUNTEERS JPKK PERINGKAT DAERAH SEGAMAT 

SEGAMAT, 24 Februari - Program ini telah berlansung di Kampung Kadut, Segamat dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Mohd Masni Bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.

Seramai 15 orang Southern Volunteers dari #TeamG2 telah bersama di dalam program khidmat masyarakat ini.

Ia juga telah di adakan secara serentak di seluruh Negeri Johor pada melibatkan 667 JPKK di seluruh Negeri Johor dan 59 JPKK bagi daerah Segamat.  

Turut bersama adalah YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap, ADUN Pemanis, YB Puan Hajah Haslinda Binti Salleh, ADUN Tenang dan YB Puan Saraswati a/p Nallathamby, ADUN Kemelah.

Terima kasih kepada semua pihak khusunya Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah (JPS), Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Daerah Labis, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Penerangan Daerah, Agensi-agensi kerajaan, Ketua Kampung Kampung Kadut, Tok Azahar bin Abdullah Sani dan JPKK Kg. Kadut, SV JPKK & Southern Volunteers Daerah Segamat yang telah bersama-sama membantu dalam menjayakan program ini.

#SV #SouthernVolunteers #MajuJohor #TeamG2 #BungaBangsa























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...