Khamis, 22 Februari 2024

[1,461] Siri 2 : Gotong - Royong Persiapan Hari Tentera Darat ke 91

 SIRI 2 : GOTONG - ROYONG PERSIAPAN SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT KE 91 PERINGKAT KEBANGSAAN

SEGAMAT, 22 Februari - Lanjutan dari gotong - royong pertama, pagi ini telah diadakan program yang sama untuk kali kedua bertempat di sekitar Dataran Segamat. Ia adalah sebahagian persediaan untuk Sambutan Hari Tentera Darat ke 91 Peringkat Kebangsaan di mana Segamat merupakan tuan rumah pada 29 Feb dan 1 Mac ini.

Uacapan pembukaan diberikan oleh YBhg Tuan Haji Helmi bin Dato’ Haji asha’ri @ Shangari, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS). 

Seramai 50 orang sukarelawan Southern Volunteers terlibat di mana 17 orang datangnya dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. 

Ia juga melibatkan 150 orang anggota tentera dari Kem Rejimen ke - 4 Arteliri DiRaja Batu Anam dan Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Turut bersama adalah Setiausaha MPS, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Segamat, Majlis Belia Daerah Segamat dan kakitangan MPS.

#TeamG2 #SouthernVolunteers #BungaBangsa












































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...