Isnin, 19 Februari 2024

[1,460] Gotong - Royong Persiapan Sambutan Hari Tentera Darat ke 91

 SOUTHERN VOLUNTEERS BERSAMA DALAM GOTONG - ROYONG PERSIAPAN SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

SEGAMAT, 19 Januari - Sukarelawan Southern Volunteers seramai 50 orang termasuk 10 orang dari #TeamG2 hari ini telah melaksanakan Program Gotong-Royong sebagai persiapan Sambutan Hari Tentera Darat Peringkat Kebangsaan yang akan disambut pada 29 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024 di Dataran Segamat.

Gotong - royong dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Segamat, Kem Rejimen ke-4 Arteleri Diraja Batu Anam dan Kem Syed Sirajuddin  Gemas dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Segamat.

Selain sukarelawan Southern Vokunteers, ia juga melibatkan 100 orang tenaga pembersihan daripada  Anggota Tentera, Bomba dan Kakitangan Majlis Perbandaran Segamat (MPS).

Turut bersama adalah Setiausaha MPS, Tuan Mohd Fazle bin Mohd Yusop.

#SV #SouthernVolunteers #TeamG2 #BungaBangsa























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...