FELDA PEMANIS, 23 September - Seramai 12 orang tutor hari ini berkhidmat untuk sesi tutorial berkumpulan ke 13 subjek Matematik kelas 5 Bakti SMK LKTP Pemanis.
Projek ini adalah dalam siri Teach and Guide for Future yang memfokus kepada bimbingan akademik pelajar keluarga B40 FELDA dibiayai oleh Impact Malaysia. Sesi kali ini mengulangkaji dan membuat latihan topik Set. Sukarelawan Pendidikan #TeamG2 juga menerima kehadiran dua orang sukarelawan baharu iaitu Hanna Sarina dan Damia Bahira. Masing - masing adalah bakal pelajar Ijazah Sarjana Muda di UMP dan sedang belajar di Politeknik Kulim, Kedah. Mereka adalah bekas pelajar SMK Buloh Kasap.
Fasa 2 untuk SMK Pemanis berakhir hari ini dan bersambung semula 12 Oktober nanti untuk Fasa 3. Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi hari ini. #TAG4Future #SecuringYouthEducation #BungaBangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)