Khamis, 8 Oktober 2020

[573] Johor Nature Hike - Sesi Lawatan Tapak

SESI LAWATAN TAPAK PROGRAM, JOHOR NATURE HIKE DITANGGUH KE 23 OKTOBER TERTAKLUK KEADAAN SEMASA FELDA REDONG, 

4 Oktober - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Persatuan Belia Generasi Baru Paya Pulai dan Persatuan Belia (MBFM) Redong akan mengadakan program Johor Nature Hike bertempat di Bukit Botak, FELDA Redong. Sesi lawatan tapak oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, para pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pengurus Projek Johor Nature Hike telah diadakan pada Ahad lepas di tempat tersebut. 






Menurut Suria Sipon, Pengurus Projek berkenaan, "Pada asalnya, Jawatankuasa Pengurusan Program memilih 17hb Oktober untuk melaksanakan program berkenaan. 

"Namun, kita memutuskan untuk mengubah ke 24hb Oktober atau tarikh lain yang mungkin sesuai tertakluk kepada keadaan semasa" 

Johor Nature Hike mensasarkan penyertaan seramai 30 orang dan akan dilaksanakan mengikut SOP ketat sebagaimana disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara berikutan penularan wabak pendemik Covid - 19. 

Suria juga menambah, "Segala persiapan sedang rancak dijalankan. Kita berharap agar program yang bakal diadakan ini dapat berjalan dengan lancar." Jawatankuasa Pengurusan Program yang diterajui oleh #TeamG2 sebagai NGO utama akan mengumumkan dari masa ke semasa sebarang perubahan dan keputusan berkenaan program menerusi Pengurus Projek atau Setiausaha Projek Adilah Sahari. 

#TeamG2 #JohorNatureHike

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...