G2 TERIMA ANUGERAH DARI PEMUDA UMNO SEKIJANG
PAYA PULAI, 3 Oktober - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini bersama 3 lagi Persatuan Belia dalam Bahagian Sekijang menerima Anugerah Persatuan Belia Aktif Bahagian Sekijang dalam satu majlis yang diadakan di Dewan DUN Kemelah, Paya Pulai, Segamat. Anugerah yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang di bawah kepimpinan Tuan Haji Mohd Nor Saidil Ibrahim itu disampaikan oleh Datuk Dr. Haji Baharum Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN Kemelah.
Selain G2 (dari DUN Pemanis), tiga lagi persatuan belia yang menerima adalah Gerakan Belia 4B Kawasan Sekijang (Parlimen Sekijang), Persatuan Belia Generasi Baru Paya Pulai (DUN Kemelah) dan Persatuan Belia MBFM Redong (DUN Kemelah).
Mohd Helmi Rohani bagi pihak #TeamG2 telah mewakili Persatuan bagi menerima anugerah tersebut. Beliau hadir bersama Mohd Azhari Imran, Mohd Faiz Ahmad dan Mustakim Abdul Kahar. Turut bersama adalah Encik Zaini Ahmad dan Encik Armizam Abd Rahim, kedua - duanya adalah Ahli Lembaga Penasihat dan Penyelaras Persatuan.
Anugerah pada asalnya yang dijadualkan akan disampaikan oleh YB Exco Belia, Sukan dan Pelancongan Kerajaan Negeri Johor, YB Onn Hafiz Ghazi telah disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian. Penghargaan ini diberikan kepada persatuan - persatuan belia yang aktif, membantu pembangunan komuniti keseluruhan dalam pelbagai sudut dan menunjukkan pencapaian yang cemerlang.
#TeamG2 sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan merakamkan setinggi - tinggi terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang di atas pengiktirafan ini dan akan terus komited untuk menyubur gerakan aktivitinya lantas meneroka dimensi - dimensi baharu pada masa mendatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)