Selasa, 27 Oktober 2020

[596] #TAG4Future - SMK Pemanis - Siri 23 Sains 5 Bakti

#TAG4Future - Kelas Bimbingan Percuma SPM Pelajar Keluarga B40 FELDA : Isnin, 26 Oktober 2020, SMK LKTP Pemanis.

FELDA PEMANIS, 19 Oktober - Sesi projek #TAG4Future sesi terakhir hari ini bagi Elemen Teach diadakan di SMK LKTP Pemanis. Ia adalah sesi ke 23 dan 24.




























Siri 23 : Matematik Tambahan 5 Azam - Mengulangkaji dan  membuat latihan menerusi topik Pembezaan.

Siri 24 : Sains 5 Bakti - Membuat pembetulan terhadap jawapan yang diberikan pelajar menerusi Sesi Penilaian Sains yang telah diadakan minggu lepas. Sukarelawan Tutor memberikan penjelasan dan menerangkan semula mana - mana soalan yang sukar atau tidak difahami oleh pelajar.

Sesi hari ini juga menerima kehadiran Puan Afizah, GPK 1 yang memantau pelaksanaan program.

Mulai bulan hadapan, projek akan melangkah ke Elemen Guide sebanyak 2 sesi masing - masing di dua buah sekolah.

Projek ini ini adalah inisiatif Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan didanai oleh Impact Malaysia. Ia dilaksanakan di dua buah sekolah : SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur.

#SecuringYouthEducation
#BungaBangsa
#ImpactMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...