Setiap calon Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) perlu menyempurnakan Buku Rekod dan Laporan (berasingan) yang akan diserahkan ke Pihak Berkuasa Kebangsaan (NAA) iaitu Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Laporan ini menceritakan kesemua lima komponen yang telah dilalui oleh seseorang calon Emas ARPRM iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Jelajah Lasak dan Projek Penempatan.
Faiz, calon dari #TeamG2 telah menyempurnakan proses penyediaan laporan ini yang disediakan sebanyak 5 salinan, masing - masing untuk Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan simpanan sendiri.
Set laporan dari Faiz mengandungi : Buku Rekod setebal 94 halaman, Laporan Akhir setebal 267 halaman, Buku Log setebal 17 halaman, borang - borang berkaitan (borang biodata Mentor, Jurulatih dan penilai, borang penilaian komponen) dan DVD sebagai 'soft copy'.
Dalam proses penyediaan laporan, Faiz telah mendapat bantuan dan pendangan daripada Mentor dan rakan - rakan yang telah selesai Tahap Emas sebelumnya. Mereka membantu Faiz dari segi teknikal dan input mengenai apakah yang perlu dimasukan ke dalam laporan berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.
Tahniah Faiz.
#ARPRM #DofE #DoE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)