#TAG4Future Siri 17 Matematik Tambahan di SMK LKTP Pemanis
FELDA PEMANIS, 12 Oktober - Seramai 11 orang Sukarelawan Tutor dari #TeamG2 hari ini berkhidmat untuk sesi tutorial kumpulan kecil ini program #TAG4Future - Kelas Bimbingan Percuma SPM Pelajar Keluarga B40 FELDA. Ia sebagai sebahagian persediaan untuk para pelajar menghadapi peperiksaan SPM 2020.
Sesi 17 adalah untuk subjek Matematik Tambahan kelas 5A (6 orang sukarelawan tutor) manakala Sesi 18 pula khusus untuk Sains kelas 5B (5 orang sukarelawan tutor).
7 dari 11 orang sukarelawan yang berkhidmat hari ini adalah pelajar - pelajar Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang bercuti pertengahan semester selama seminggu. Manakala selebihnya adalah graduan dan mahasiswa universiti yang sedang mengikuti kelas secara online.
Projek ini ini adalah inisiatif Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan didanai oleh Impact Malaysia. Ia dilaksanakan di dua buah sekolah : SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur.
#SecuringYouthEducation
#BungaBangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)