PROKENS BANTU SERLAHKAN POTENSI DALAM DIRI SAYA - ARIF MAIL
JOHOR BAHRU, 30 September 2020 - "PROKENS membantu saya membuka minda lebih luas dan membina rangkaian berkualiti dalam hidup saya.
"Menyertai PROKENS menyerlahkan lagi potensi dalam diri saya dari pelbagai bidang, tidak hanya bertumpukan pada bidang saya pernah ambil di Universiti, malah lebih lagi. Ini terutamanya menerusi slot yang mengaplikasikan pemikiran kritikal untuk menyelesaikan tugasan dan masalah yang timbul"
Demikian ulasan yang diberikan oleh Mohd Arif Mail dari #TeamG2 yang menjadi salah seorang peserta program Employability Skills Training (Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja) Peringkat Zon Selatan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru selama 6 hari yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama HSBC.
Kursus intensif yang bermula sejak 25 September lalu disertai oleh 35 orang belia zon selatan. Ia ditutup secara rasmi hari ini oleh Tuan Haji Sallehen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
Turut hadir Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Pebolong Setiausaha MBM; Sdr. Mohammad Alif A Rahim, Naib Presiden 1 MBNJ; Sdr. Nurhafizuddin Suraddi, Setiausaha Kehormat MBNJ; Sdr. Mohd Fauzan Sebalas, Ketua Penerangan MBNJ dan Sdr. Mohd Sidek Roslan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru.
"Melalui slot-slot di dalam program PROKENS ini, peningkatan kemahiran kreativiti dan inovasi peserta amat memberangsangkan. Saya percaya dengan peluang seperti inilah anak muda dapat mengembangkan potensi diri dan pada akhirnya kembali berbakti kepada komuniti," tambah Arif lagi.
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia dan HSBC di atas penganjuran program untuk masa hadapan anak muda ini. #TeamG2 #MenggerakBelia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)