MAJLIS PENGHARGAAN SUKARELAWAN TUTOR PELAJAR MATRIKULASI
FELDA PEMANIS, 21 Oktober - Bersempena dengan cuti pertengahan semester pelajar Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, mereka telah mengisi masa tersebut dengan program #TAG4Future - Kelas Bimbingan Percuma Pelajar Keluarga B40 FELDA.
Seramai 7 orang pelajar Matrikulasi dari kalangan anak - anak FELDA Pemanis telah terlibat di SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur selama 2 minggu ini.
Satu majlis ringkas menghargai sumbangan mereka telah diadakan.
Ketua Projek, Faiz Ahmad telah menyampaikan sijil penghargaan, cenderahati dan sedikit sumbangan kepada mereka yang terlibat.
Terdahulu, projek ini juga menerima penglibatan bekas pelajar Matrikulasi yang kini sedang berada di Tahun Satu Ijazah dari seluruh Johor pada bulan lepas.
Untuk bulan hadapan, dijangkakan projek akan menerima kumpulan pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu seramai 10 orang untuk turut sama berbakti.
Projek yang sedang berlangsung ini adalah inisiatif Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan didanai oleh Impact Malaysia. Ia dilaksanakan di dua buah sekolah : SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur.
#BungaBangsa
#SecuringYouthEducation
#ImpactMalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)