Khamis, 8 Oktober 2020

[569] Bengkel Pemurnian Manual Badan Operasi Program ARPRM

CHERAS, 6 September - Kumpulan Pemimpin, Mentor, Panel Penilai Emas Kebangsaan dan Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Negeri dari seluruh negara telah berkampung di Pusat Belia Antarabangsa dekat sini di dalam satu bengkel yang dinamakan Bengkel Pemurnian Manual Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. 






















Perasmian pembukaan pada awal dan kemudian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Tuan Sabran Abd Bahar. Beliau juga mengikuti keseluruhan bengkel yang diadakan. 

Bengkel ini bertujuan untuk mengkaji semula beberapa perkara berkenaan tatacara perlaksaan ARPRM meliputi Badan Operasi, pengurusan peserta Tahap Gangsa / Perak, kaedah pelaporan dan pengurusan peserta Tahap Emas. 

Seramai 26 orang peserta mengabungkan pelbagai kepakaran di dalam ARPRM telah memberikan pandangan, cadangan penambahbaikan dan membentangkan cadangan pemurnian mereka. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis turut sama di dalam bengkel ini sebagai salah satu Badan Operasi dan organisasi yang telah lama melaksanakan ARPRM menerusi Ketua Mentor programnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...