Ahad, 24 September 2023

[1,333] Memorandum Persefahaman Pengembangan Pendidikan

 MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENGEMBANGAN PENDIDIKAN

SEGAMAT, 22 Sept - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi Kluster Sukarelawan Pendidikan telah menandatangani Memorandum Persefahaman Pengembangan Pendidikan bersama Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman (STAR) pada Jumaat lepas.

Menerusinya, ia mempunyai 3 tujuan utama iaitu :

1. Memberi peluang kepada guru untuk mencabar minda dan memberi pengalaman baharu bersama #TeamG2 dalam memastikan bidang akademik mahupun kokurikulum berkonsepkan didik hibur selari dengan perkembangan Pembelajaran Abad Ke 21 yang menggalakkan murid aktif di dalam mahupun di luar bilik darjah.

2. Meningkatkan kerjasama pihak sekolah dengan pihak - pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah.

3. Membina hubungan baik dengan Persatuan dalam memantapkan kepentingan persekitaran bermakna.

Semoga kesepakatan ini akan dapat melahirkan generasi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.

#BungaBangsa #20TahunSukarelawanPendidikan





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...