Khamis, 14 September 2023

[1,316] Forum Bicara Patriotisme - Kolej Komuniti Segamat 2

 FORUM BICARA PATRIOTIK - PATRIOTISME CARA KITA

BATU ANAM, 14 Sept - Kolej Komuniti Segamat 2 telah menganjurkan Forum Bicara Patriotik dengan tema Patriotisme Cara Kita pagi tadi sebagai acara terakhir sebelum menutup sambutan bulan kemerdekaan Merdeka @ CC kolej berkenaan.

Salah seorang panel yang diundang adalah Encik Mizam Rahim, Penyelaras dan Ketua Mentor ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Turut bersama adalah Encik Azizi dan Encik Izuan Aziz. 

Dua orang lagi ahli panel adalah Encik Othman Bin Mohamad, Sub Inspektor, Bendahari Persatuan Pesara Polis Negeri Johor, Cawangan Segamat dan Sdr. Nor Hafis Sulaiman Bin Suratman, Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, KKS2.

Forum dihadiri oleh Pengarah, Pensyarah, Pegawai - Pegawai KKS2 dan kira - kira 300 orang pelajar kolej. Majlis Perasmian Penutup pula selepas itu disempurnakan oleh Puan Hajah Khalijah Md Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KKS2.

Forum menyentuh mengenai gerakan kesukarelaan dan kaitannya dengan patriotisme, isu 3R, generasi Z dan bagaimana menterjemah patriotisme terutama di kalangan anak muda.

Terima kasih Puan Pengarah KKS2, Encik Radzi (Pegawai Psikologi) dan semua adik - adik pelajar. Semoga ilmu memberi manfaat. 

#BungaBangsa #20tahunsukarelawanpendidikan




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...