Ahad, 17 September 2023

[1,322] Sesi Penilaian ARPRM Tahap Emas

 SESI PENILAIAN ARPRM TAHAP EMAS 2023

SEGAMAT, 17 Sept - Dua orang peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah melalui Sesi Penilaian semalam.

Ia diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Shafiqah Irdina Hairolzamri, 20 tahun dan Kadem Abdul Kahar, 23 tahun masing - masing merupakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Panel Penilai terdiri dari Pegawai - Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor diketuai oleh Puan Nur Amalina Holidi, Penolong Pengarah (Rakan Muda). Dua orang lagi adalah Encik Mohammad Fadhil Jamal (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang) dan Encik Rusdy Sarif (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muar).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Irdina dan Kadem di atas sempurnanya sesi penilaian ini. Semoga pencapaian memberikan manfaat.

#ARPRM #TeamG2  #BungaBangsa






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...