Rabu, 6 September 2023

[1,310] Johor Future 2023 : DUN Simpang Jeram

 SOUTHERN VOLUNTEERS PRIHATIN @ JOHOR FUTURE - DUN SIMPANG JERAM

SUNGAI ABONG, 5 Sept - Program Southern Volunteers Prihatin @ Johor Future bagi DUN Simpang Jeram telah diadakan pagi ini bertempat di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2, Sungai Abong, Muar.

Ia adalah anjuran Southern Volunteers Daerah Muar dan Majlis Perbandaran Muar dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara dan SMK Sungai Abong.

Seramai 30 orang sukarelawan menjayakan program termasuk tiga orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, SV Muar dan Skuad SV Muda SMK Sungai Abong.

Sukarelawan telah melaksanakan kerja - kerja pembersihan rumah, mengecat, menggantikan lampu, menggantikan tikar getah, sumbangan katil pesakit, sumbangan kerusi roda dan pelbagai lagi. 

Tahniah kepada sukarelawan SV dan semua agensi Kerajaan yang memberikan kerjasama. 

#SV #SouthernVolunteers










































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...