Isnin, 25 September 2023

[1,334] Pengurusan Pendidikan Tinggi 2023 : Ijazah Sarjana Muda

 SELAMAT MELANGKAH KE SARJANA MUDA SESI 2023 / 2024 ANAK - ANAK FELDA PEMANIS

SEGAMAT, 10 - 23 September - #TeamG2 telah menyelesaikan beberapa siri sesi konsultasi dan pengurusan dokumen bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah keputusan calon jaya dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Semua pelajar Sarjana Muda baharu mula mendaftar bermula 22 September sehingga awal Oktober. Seramai 9 orang anak Pemanis ke peringkat Sarjana Muda diruskan sesi ini.

Ia dibahagian kepada 3 komponen pengurusan yang utama, iaitu : Dokumen ke Institusi, dokumen bantuan pendaftaran dan dokumen pembiayaan sepanjang tempoh pengajian.

Sesi diatur dengan lima tujuan utama iaitu : 

1. Menerangkan langkah - langkah yang perlu diambil dengan segera bagi menyempurnakan dokumen ke Institusi meliputi Dokumen Universiti, Dokumen Bantuan Awal Pendaftaran dan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Tinggi.

2. Menerangkan dan mengambil langkah - langkah segera untuk tindakan segala bantuan Kerajaan untuk ke Universiti dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), FELDA dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

3. Menyemak segala keperluan yang tersangkut, terhalang dan perlu intervensi segera.

4. Menyediakan senarai semak setiap orang apa yang perlu dibuat dan diambil tindakan.

5. Menyediakan ruang untuk proses - proses seperti  pengesahan salinan dokumen dan lain - lain perkara.

Sejak dua dekad, #TeamG2 melaksanakan kesukarelaan pendidikan untuk pengajian tinggi ini tanpa terputus. Ia adalah sebahagian mekanisme perlindungan masa hadapan untuk pembinaan generasi.



Selamat maju jaya kepada semua yang menyambung pengajian. Timba ilmu, raih pengalaman dan kembali menyumbang.

#InsklusivitiPendidikan #BungaBangsa #20TahunSukarelawanPendidikan










































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...