Isnin, 4 September 2023

[1,309] Kunjung Hormat ke JOYDEC dan Southern Volunteers Muar

 KUNJUNG HORMAT KE JOYDEC DAN SOUTHERN VOLUNTEERS MUAR

MUAR, 3 September - Satu sesi kunjung hormat dari #TeamG2 ke Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) Daerah Muar dan Southern Volunteers (SV) Daerah Muar telah diadakan pagi tadi di JOYDEC, Muar.

Kunjungan telah disambut oleh Cik Siti Zubaidah, Hasni dan beberapa orang sukarelawan lain. Delegasi #TeamG2 diketuai oleh Mizam (Ketua Mentor ARPRM) selain Izuan Aziz dan Kadem Kahar.

Sesi diisi dengan penerangan dari Cik Zubaidah dan bertukar - tukar pendapat mengenai program pembangunan generasi muda. Beberapa perancangan program juga diatur untuk masa akan datang. 

Terima kasih JOYDEC dan SV Muar yang sudi menerima kehadiran kami.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...