Rabu, 27 September 2023

[1,335] Program Never Walk Alone - SMK LKTP Pemanis

 91 PELAJAR, 13 SUKARELAWAN PENDIDIKAN JAYAKAN PROGRAM ‘NEVER WALK ALONE’

FELDA PEMANIS, 27 Sept - Program ‘Never Walk Alone’ petang ini sempurna dilaksanakan di SMK LKTP Pemanis melibatkan seramai 91 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5. 

Berkonsepkan perkongsian pengalaman dan konsultasi, ia membawa seramai 13 orang sukarelawan pendidikan dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Program berlangsung selama kira - kira 2 jam 30 minit.

Sukarelawan terdiri dari pelbagai latar belakang : akademik, kemahiran, aktivis komuniti, mahasiswa Sarjana dan Sarjana Muda. Pelbagai input dikongsi menjurus pembinaan masa hadapan, motivasi instrinsik, pengurusan masa sehingga kaedah belajar.



Terima kasih kepada Cikgu Azmi (Pengetua), Cikgu Sa’adiah (GPK 1), GPK HEM, GPK Koko dan guru - guru semua. Tahniah buat adik - adik pelajar yang dapat mengikuti program ini. Semoga sedikit perkongsian dapat memberi manfaat buat semua.

Terima kasih semua sukarelawan yang terlibat. 

#20TahunSukarelawanPendidikan #BungaBangsa #TeamG2















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...