Selasa, 12 September 2023

[1,314] Seni Budaya - Kompang : Latihan Pertama

 SEDEKAD TERPUTUS, KINI IA KEMBALI

FELDA PEMANIS, 12 Sept - Setelah sedekad iaitu 10 tahun terputus kerana kekangan kejurulatihan, Kompang G2 kembali semula untuk meneruskan legasi pembangunan seni budaya.

Kali terakhir beraksi pada 2013, ia dimulakan kembali malam tadi dengan kumpulan pertama seramai 15 orang. Sesi pertemuan dan latihan pertama diadakan di kediaman Encik Hanafie Hasim.

Aktiviti ini sebahagian dari pelan besar keseluruhan untuk Kluster Pembangunan Seni Budaya, melengkapkan pelbagai kluster kesukarelaan yang wujud di dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Terima kasih kepada adik - adik yang bersama dan semoga kita dapat mengembangkan seni warisan ini.

#SeniBudaya #RakanMuda #RakanEkspressi





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...