Sabtu, 23 September 2023

[1,328] Part 1 : Perkhemahan SK Temenggung Abdul Rahman

 PART 1 : PENUGASAN FASILITATOR PERKHEMAHAN SMART MEMIMPIN UNIT BADAN BERUNIFORM SK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

Part 1 : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=beliag2pemanis...

Part 2 : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=beliag2pemanis...

SEGAMAT, 21 - 22 Sept -  Pasukan Sukarelawan Pendidikan #TeamG2 telah membantu menjayakan Perkhemahan Smart Memimpin Unit Badan Beruniform SK Temenggung Abdul Rahman (STAR) selama 2 hari bertempat di sekolah berkenaan.

Seramai 23 orang fasilitator telah berkhidmat terdiri dari sukarelawan komuniti, mahasiswa pasca Ijazah, mahasiswa Ijazah, pelajar Tingkatan 6 dan 5.

Perkhemahan disertai 186 orang adik - adik Tahap 2 STAR dengan pengisian yang sungguh padat lagi bermakna. Antara isi program adalah Kraf Kem, Tali, Gadjet, Bantu Mula dan Ikhtiar Hidup.

Terima kasih kepada Cikgu Zurayushazman (Guru Besar STAR), Cikgu Othman Fazri (Penyelaras Program), barisan pentadbir, guru - guru, ibu bapa dan adik - adik pelajar.Tahniah kepada semua sukarelawan yang telah bersama menyumbang bakti. 

#BungaBangsa #UntukSegamatKita #20TahunSukarelawanPendidikan





















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...