Hari 4 : Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12
DUNGUN, 1 Jun 2024 - Hari keempat diteruskan untuk semua 8 orang peserta ARPRM Tahap Emas. Aktiviti hari keempat ini berlangsung di dua daerah Rantau Abang, Dungun.
aktiviti yang dilakukan hari ketiga adalah :
Permentoran
- Sesi bersama Encik Hazwan Ramli, Mentor ARPRM Daerah Gombak, Kuala Lumpur
- Sesi bersama Tuan Haji Azizi Zafran, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu
Lapangan Saintifik (Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu , Rantau Abang)
- Tugasan berkaitan di Pusat
- Pembersihan pantai Rantau Abang dengan mengasingkan sampah - sampah mengikut kategori bersama Kelab Bermotor
- Pelepasan anak - anak penyu ke laut lepas Pantai Rantau Abang bersama Kelab Bermotor
Lapangan Awam
- Pengurusan pelawat
- Penerangan kepada pengunjung
Lapangan Kaji Selidik
- Mendapatkan responden untuk kaji selidik berkaitan konservasi penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, sekitar Rantau Abang dan sekitar bandar Dungun
Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 membawa tajuk Program Kesedaran Awam dan Kajian Saintifik Pemuliharaan Penyu dan Ekosistem Marin (Public Awareness and Scientific Research Programme on Turtle Conservation and Marine Ecosystem) menerusi Kluster Sains Hayat dan Sains Sosial.
Ia berlangsung di Dungun dan Kemaman, Terengganu.
Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas kelulusan projek kali ini. Terima kasih juga Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia di atas persetujuan jalinan kerjasama ARPRM Tahap Emas ini.
#TeamG2 #PP12Dungun #TeamG2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)