Hari 5 : Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12
DUNGUN, 2 Jun 2024 - Hari kelima diteruskan untuk semua 8 orang peserta ARPRM Tahap Emas. Ia merupakan hari terakhir untuk semua peserta.
Antara aktiviti yang dilakukan hari kelima adalah :
Penilaian Luaran
- Sesi Penilaian Luaran bersama Encik Hakimi, Penyelaras Program bagi pihak Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang.
Penilaian Dalaman
- Sesi Penilaian Dalaman bersama Encik Azizi Abd Rahim, Mentor Kanan Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Lapangan Saintifik (Bukit Che Hawa, Rantau Abang)
- Mengkaji sejarah dan logik saintifik berkenaan penyu yang disumpah menjadi batu
- Memahami keadaan muka bumi Rantau Abang suatu ketika dahulu
Lapangan Saintifik (Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang)
- Pembersihan kolam penyu
Lapangan Awam
- Pengurusan pelawat
- Penerangan kepada pengunjung
Majlis Penutup
- Pengurusan majlis penutup secara ringkas
Lapangan Kaji Selidik
- Mendapatkan responden untuk kaji selidik berkaitan konservasi penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, sekitar Rantau Abang dan sekitar bandar Dungun
Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 membawa tajuk Program Kesedaran Awam dan Kajian Saintifik Pemuliharaan Penyu dan Ekosistem Marin (Public Awareness and Scientific Research Programme on Turtle Conservation and Marine Ecosystem) menerusi Kluster Sains Hayat dan Sains Sosial.
Ia berlangsung di Dungun dan Kemaman, Terengganu.
Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas kelulusan projek kali ini. Terima kasih juga Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia di atas persetujuan jalinan kerjasama ARPRM Tahap Emas ini.
#TeamG2 #PP12Dungun #TeamG2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)