Jumaat, 7 Jun 2024

[1,530] ARPRM - Gangsa ke 370, 371 dan 372

 SYAZMIL, ZULAIKA DAN ARIQ SEMPURNA ARPRM TAHAP GANGSA

Mohd Syazmil Afiq (Gangsa 370/7/2024), Siti Zulaika Md Hariuzanie (Gangsa 371/8/2024) dan Ariq Amsyar Putra Md Azuan (Gangsa 372/9/2024) telah selesai menyempur






























nakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa masing - masing.

Penilaian dalaman dilakukan oleh Razak, Alya dan Izham iaitu peserta ARPRM Tahap Emas bagi pihak Badan Operasi #TeamG2. 




Syazmil dan Zulaika berusia 15 tahun manakala Ariq berusia 14 tahun. Mereka sempurna 4 komponen ARPRM iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak dalam jumlah bulan dan jam disyaratkan.

Majoriti aktiviti komponen mereka dilaksanakan bersama Southern Volunteers, JOYDEC, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan SMK LKTP Pemanis.

Syazmil dan Zulaika telah mendaftar untuk meneruskan ARPRM Tahap Perak menerusi sistem prolog.

Tahniah Syazmil, Ika dan Ariq. Moga terus maju jaya.

#TeamG2 #BungaBangsa #SouthernVolunteers #ARPRM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...