Sabtu, 22 Jun 2024

[1,541] Matrikulasi 2024 / 2025 : Pengurusan Dokumen

 BELAJAR URUS DOKUMEN, BAKAL PELAJAR MATRIKULASI AKAN JADI YANG PERTAMA SAMBUNG PENGAJIAN DARI KOHORT 06

FELDA PEMANIS, 21 - 22 Jun : Seramai 5 orang anak - anak Pemanis yang bersetuju untuk menerima tawaran Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) Malaysia telah belajar untuk menguruskan dokumen - dokumen pengajian mereka.

Dafina, Firhan, Saiful, Danish dan Iman dari kohort kelahiran 2006 dan SPM 2023 merupakan antara yang menerima tawaran sebagai calon jaya Matrikulasi KPM. 

Mereka mengurus pelbagai dokumen sebelum mendaftar dalam talian dan fizikal pada 30 Jun dan 1 Julai ini. Proses pengurusan dokumen dikendalikan oleh Encik Mizam dan Encik Azizi dibantu dua orang alumni matrikulasi iaitu Razak dan Izham. 

Matrikulasi  merupakan satu program yang bermula tahun 2000 apabila ia diambil alih oleh KPM sepenuhnya dari universiti bagi menyediakan pelajar Bumiputera ke program Ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas dengan ditanggung oleh Kerajaan. Ia dilaksanakan di 15 buah kolej matrikulasi dan 2 buah kolej MARA. 

Tahniah buat anak - anak Pemanis yang berjaya. Semoga terus cemerlang dan menyumbang semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

#TeamG2 #BungaBangsa #Matrikulasi





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...