Khamis, 13 Jun 2024

[1,534] ARPRM : Penyerahan Laporan Tahap Emas Bil 36 dan 37

ARPRM EMAS 36 DAN 37: SESI PENILAIAN DAN PENYERAHAN LAPORAN KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN 

SEGAMAT, 13 Jun - Dua orang peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar laporan kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Mereka ialah Nur Alya Nabilah Mohd Faizal (Emas 36) dan Ruhidatul Aleysa Hamizon (Emas 37).

Laporan telah diterima oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Turut bersama adalah Encik Hasdi Ismail, Pegawai Rakan Muda. Sesi penilaian dan refleksi bersama Pegawai Belia dan Sukan turut diadakan.



Kedua - dua mereka sempurna semua 5 komponen yang disyaratkan untuk ARPRM Tahap Emas. 

Penyediaan laporan meliputi penyempurnaan buku rekod, buku log dan laporan akhir. Penilaian aktiviti telah dibuat oleh Encik Azizi Abd Rahim, Mentor Kanan yang juga selaku Panel Penilai Dalaman. Manakala pengesahan sempurna semua komponen telah diperakukan oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM.

Alya dan Leysa mengambil masa lebih 5 tahun bermula dari Tahap Gangsa semasa di bangku sekolah hinggalah sempurna Tahap Emas ketika masing - masing di kolej menyambung pengajian.

Syabas dan tahniah buat kedua - duanya : Yaya dan Leysa.

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM #SouthernVolunteers #TheSurvivor



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...