Ahad, 9 Jun 2024

[1,529] Johor Youth MeetUp by OMJ

 JOHOR YOUTH MEETUP BY OMJ

ISKANDAR PUTERI, 9 Jun - Seramai 16 orang Southern Volunteers dari #TeamG2 telah bersama dalam Johor Youth MeetUp by OMJ bertempat di Educity Sports Centre, Iskandar Puteri.

Program dihadiri oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Baginda muncul dalam podcast Meh Dengor Jap yang mengulas pelbagai perkara termasuk menjawab soalan - soalan spontan dari anak - anak muda.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pameran gerai dan agensi. #TeamG2 juga berkesempatan mengunjungi Encik Firdaus yang bertugas di reruai PERKESO untuk menyampaikan sedikit cenderamata atas pertolongan beliau kepada projek ARPRM Tahap Emas. Juga berkesempatan mengunjungi Pengarah dan pegawai - pegawai Jabatan Belia dan Sukan Johor khususnya Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Terima kasih Southern Volunteers Daerah Segamat yang memberi peluang untuk bersama di dalam program ini.

#TeamG2  #BungaBangsa #SouthernVolunteers




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...