Rabu, 26 Jun 2024

[1,543] ARPRM : Penyerahan Laporan Emas Bilangan 38

 ARPRM EMAS 38 : SESI PENILAIAN DAN PENYERAHAN LAPORAN KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN 

SEGAMAT, 26 Jun - Fatin Firzanah Esa, peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar laporan kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat pagi ini.

Laporan telah diterima oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Sesi penilaian dan refleksi bersama Pegawai Belia dan Sukan turut diadakan.

Firzanah sempurna semua 5 komponen yang disyaratkan untuk ARPRM Tahap Emas. 

Penyediaan laporan meliputi penyempurnaan buku rekod, buku log dan laporan akhir. Penilaian aktiviti telah dibuat oleh Encik Azizi Abd Rahim, Mentor Kanan yang juga selaku Panel Penilai Dalaman. Manakala pengesahan sempurna semua komponen telah diperakukan oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM.

Firzanah mengambil masa lebih 5 tahun bermula dari Tahap Gangsa semasa di bangku sekolah hinggalah sempurna Tahap Emas ketika di Kolej Matrikulasi Johor. 

Syabas dan tahniah buat Ana. 

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM #RakanMuda #SouthernVolunteers #TheSurvivor




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...