Khamis, 6 Jun 2024

[1,528] Bengkel Sistem Prolog ARPRM Kumpulan Perintis Daerah Muar

 BENGKEL SISTEM PROLOG ARPRM KUMPULAN PERINTIS DAERAH MUAR

MUAR, 6 Jun - Seramai 5 orang peserta dan Mentor ARPRM Daerah Muar hari ini berkesempatan untuk belajar bagaimana mengendalikan Sistem Prolog ARPRM (Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda).

Mereka adalah kumpulan perintis yang melaksanakan ARPRM menerusi sistem prolog. Bengkel berlangsung di Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) Daerah Muar. Ia dikendalikan oleh Mizam Rahim dan Razak Rahim.

Peserta ini menumpang menerusi Badan Operasi #TeamG2 dan akan kembali ke Badan Operasi mereka setelah proses pendaftaran sistem diselesaikan. 

Tahniah buat peserta ARPRM Daerah Muar yang berani menyahut cabaran.

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...