Kandas Suku Akhir, Ia Beri Pengalaman Bermakna Buat Saya
‘Walaupun pasukan U16 Segamat terkandas di peringkat suku akhir, tetapi ia beri pengalaman bermakna buat saya,” ujar Hijazi, salah seorang yang bermain untuk pasukan U16 Segamat di dalam Piala Tunku Laksamana Johor.’
Kejohanan yang berlangsung di Batu Pahat dari 20 - 22 Jun itu adalah sebahagian siri pembangunan bola sepak Negeri Johor menerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.
Hijazi, peserta ARPRM dari #TeamG2 yang juga pelatih bola sepak Reto FC berada di dalam kesebelasan utama pasukan U16 Segamat.
“Minat di dalam bola sepak adalah jiwa saya yang membuatkan saya ingin menempatkan diri dalam mana - mana pasukan untuk membawa saya ke aras yang lebih baik,” tambah beliau lagi.
Kredit Gambar : Johor Football Development Program
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)