ARPRM : DI SEBALIK PENYEDIAAN LAPORAN EMAS KE 36 DAN 37
FELDA PEMANIS, 6 - 12 Jun 2024 - Di sebalik kerja - kerja persiapan dan penyediaan laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas untuk dua orang : Nur Alya Nabilah Mohd Faizal (Emas 36) dan Ruhidatul Aleysa Hamizon (Emas 37).
Kedua - dua mereka sempurna semua 5 komponen yang disyaratkan untuk ARPRM Tahap Emas.
Penyediaan laporan meliputi penyempurnaan buku rekod, buku log dan laporan akhir. Penilaian aktiviti telah dibuat oleh Encik Azizi Abd Rahim, Mentor Kanan yang juga selaku Panel Penilai Dalaman. Manakala pengesahan sempurna semua komponen telah diperakukan oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM.
Alya dan Leysa mengambil masa lebih 5 tahun bermula dari Tahap Gangsa semasa di bangku sekolah hinggalah sempurna Tahap Emas ketika masing - masing di kolej menyambung pengajian.
#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM #SouthernVolunteers #TheSurvivor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)