TAMAN MIDA, 5 September - Sukarelawan #TeamG2 telah membantu Encik Zaini Ahmad, Ahli Majlis Perbandaran Segamat (MPS) Zon Pogoh dalam pengurusan sumbangan kebajikan Prihatin COVID - 19 di kawasan taman berkenaan.
MPS menerusi Ahli Majlis telah prihatin membantu golongan yang terkesan akibat kawalan pergerakan dikenakan oleh Kerajaan bagi membendung penularan wabak berkenaan.
Seramai 20 orang penerima sekitar Taman Mida telah mendapat manfaat sumbangan MPS ini. Turut sama adalah Encik Aiman, Pengawai Penyelaras MPS untuk Zon Pogoh.
Encik Zaini juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)